Wednesday 22 August 2012

Tazkirah Ramadhan 03

Tazkirah Ramadhan 03
Bicara Dalil2 wajib puasa drpd Alquran al Karim.

Dalil Pertama:
Barang yang di maklumkan drpd agama Islam bahawa Allah subhanahu Wa taala telah memfardhu atas kita puasa sebulan Ramadhan.
Bulan iaitu waktu diantara dua anak bulan, maka apabila di lihatkan anak bulan  maka sesungguhnya masuklah Bulan Ramadhan dan wajiblah oleh puasa dan hari yang tidak dilihatkan padanya oleh orang magrhib iaitulah bulan Ramadhan, maka wajib atas mereka itu berpuasa dan haram oleh berbukanya dan berselisihnya tempat naik anak bulan dengan nisbah kepada anak bulan iaitu bathal seperti mana telah terdahulu bahasannnya.

Dalil kedua: 
Firman Allah Taala
فمن شهد منكم الشهر فليصمه
Maka barang siapa saksikan  drpd kamu akan bulan maka hendaklah dia berpuasa.
Lafaz Saksi iaitu baginya pada bahasa arab ada 4 makna.
1) bahawa ada ia dengan makna cerita spt mencerita sesaorang disisi hakim dan mencerita seorang Arab disisi Nabi saw bahawa sa nya dia melihat anak bulan kelmarin dengan makna mencerita ia dengan bahawa ia melihatnya kemarin.
2) melihat atas satu perkara dengan matanya spt dikatakan aku melihat akan mamad tuh solat ia dalam masjid atau aku lihat Zaid memukul Umar.
3) dengan makna Hadir spt dikatakan aku hadir sembahyang raya atau aku hadir solat jenazah.
4) dengan ilmu dan setengah drpd makna ilmu itu firman Allah taala:
شهد الله انه لا اله الا هو
Mengetahui ia bahawa sa tiada tuhan melainkan ia.
Dan sabda Nabi saw;
من شهد ان لا اله الا الله دخل الجنة
Barang siapa mengetahui bahawa tiada tuhan Melainkan Allah nescaya masuk ia kedalam Syurga.

Maka tafsiran yang pertama iaitu keadaan شهد dengan makna cerita maka tiada kaitan ia dengan ayat sama sekali.

tafsiran kedua iaitu keadaan شهد dengan makna melihat maka bathal dengan ijmak, kerana iany memberi faedah bahawa tidak disuruhkan dengan puasa melainkan mereka yang melihat akan anak bulan tidak lainnya, spt mana memberi faedah kewajiban puasa atas mereka yang melihatnya pada hal yang melihat anak bulan itu bukan ahli puasa spt kanak2.
Adapun tahsiran yang ketiga maka iaitu yang menjalanikan dia oleh kebanyakan Ahli Tafsir dan Fuqahadan berkata mereka itu pada ayat: maknanya maka barang siapa hadir drpd mereka itu akan bulan Ramadhan yakni masuk atasnya bulan Ramadhan pada hal ia orang yang bernuqim dan mereka yang mengkiaskan atas ini iaitu muqabalah pada firman Allah Taala :
ومن كان منكم مريضا او على سفر
Dan barang siapa drpd kamu yang sakit atau sedang musafir.
Dan ini juga daif atau bathal kerana orang yang sakit juga pada juhat muqabalah dan iaitu hadir juga, dan walau macam tuh pun maka iaitu perkataan jamhur Ulama dan iaitu memberi faedah bagi yang dituntutkan dia, kerana hadir bulan( masuk bulan Ramadhan ) terlebih umum drpd bahawa adalah ia thabit melihat bulan ia atau sengan melihat Ahli Negeri atau dengan kiraan( hisab ) orang yang ahli bintang dari kalangan mereka atau dengan sebab lihat selain ahli negeri drpd aqtar yang lain maka tidak harus oleh takhsiskan ayat melainkan dengan pentakhsisan   dan tidak ada wujud baginya dan tidak ada yang menyerukan kepadanya maka wajib oleh mengekalkan ayat atas umumnya.

Ada pun makna yang keempat dan iaitu bahawa شهد dengan makna ilmu/ mengetahui maka wajib yang tertentu pada ayat iaitu: maka barang siapa yang mengetahui drpd kalangan kamu akan bulan Ramadhan maka wajib ia berpuasa, kerana bahawa sa ia tidak berhajat kepada idmar atau takdir  dan tidak lazim atasnya yang mustahil dan tiada khilaf bagi usul syariat, maka setiap mereka yang mengetahui dengan masuk bulan Ramadhan wajib atasnya puasa melainkan mereka hang di kecualikan oleh syara.

Bahawa imam Fakrurrazi menolak makna yang sebelumnya  iaitu hadir kepada makna ilmu juga, maka berkata itu syahida iaitu hadir dan syuhud iaitu hudur, kemudian disini terbahagi kepada dua perkataan:
Satunya bahawa maful syahida di hazafkan dia kerana makna barang siapa yang mengetahui drpd kamu akan negeri atau rumahnya dengan makna tidak ia musafir, dan katanya bulan itu ternasabnya atas jadi zorof dan demikian juga huruf ha pada kata Allah maka hendaklah ia berpuasa " nya " .
Dan perkataan yang keduanya maful syahida iaitu bulan dan takdirnya : barang siapa mengetahui masuk bulan dengan aqalnya dan maarifahnya maka hendaklah ia berpuasa akan dia dan iaitu spt dikatakan mengetahui aku akan semasa dengan sifulan dan mendapat aku masa si fulan.

Dan ketahui oleh mu bahawa kedua2 perkataan itu tidak sempurna melainkan dengan menyalahi zahir:
Adapun perkataan yang pertama maka bahawa sanya sempurna dengan idmar amrin zaidin( tambahan perkata yang lebih ) 
Adapun perkataan yang kedua maka wajib di masukan takhsis pada ayat, dan demikian itu kerana bahawa syuhud bulan Ramadhan hasil ia pada hak kanak2 dan orang gila dan orang sakit dan orang musafir serta bahawa tidak wajib atas seorang drpd mereka itu oleh puasa melainkan bahawa kami nyatakan pada usul fekh bahawa manakala berlaku pertengangan antara takhsis dan idmar maka takhsis awla dan begitu juga maka bahawa kami atas perkataan yang pertama tatkala melazim kami akan idmar tak dapat tidak juga drpd melazimkan takhsis, kerana kanak2 dan orang gila dan orang sakit seriap mereka itu syahida( hadir ) bulan ramadhan serta bahawa tidak wajib atas mereka itu oleh puasa bahkan musafir tidak termasuk maka tidak berhajat kepada takhsiskan ini surah padanya.
Maka perkataan yang pertama tidak terjalankan melainkan serta melazimkan idmar dan takhsis dan
Perkataan yang kedua terjalan ia dengan semata2 takhsis maka perkataan yang kedua terlebih awla.
Maka tertentulah makna firman Allah " maka barang siapa syahida drpd kamu akan bulan" dengan makna mengetahui dengan wujudnya dan masuknya,
 Dan mengetahui dengan dia hasil dengan wujudnya pada mana2 tempat yang boleh berlaku atasnya tengok maka wajib dengan nas ini ayat oleh puasanya atas setiap mereka yang sampai akan dia oleh khobarnya dan mengetahuinya drpd sekelian ahli dunia.

Berkata imam Al Ghazali  dalam Ihya:
Pertama iaitu muraqabah awal bulan ramadhan dan demikian itu dengan melihat anak bulan maka jika di mendungkan maka dengan menyempurnakan 30 hari drpd Syaban, dan kami kehendaki dengan melihat iaitu ilmu dan hasil demikian itu dengan perkataan orang yang satu.....maka terang dengan bahawa di kehendaki dengan melihat itu iaitu ilmu, dan berkata pensyarahnya( iaitu Hafiz zabidi Murthada) kami kehendaki dengan melihat iaitu ilmu/mengetahui syar'ei yang mewajibkan bagi amal dan iaitu ghalabatuz Zhan( kuat sangkaan).
Dan seperti demikian juga yang dinyatakan dengan dia oleh ashab kami.
Berkata Ibnu Hajar Al Haitami dalam fatawa kubranya : jikalau berkata sesaorang " jika melihat aku akan anak bulan maka engkau tertolak, maka melihat akan dia oleh orang lainnya dan mengetahui ia dengan dia .. Tercerai ia" kerana melihat pada syara' nya dengan makna ilmu/mengetahui dengan dalil sabda Nabi saw " apabila melohat kamu akan anak bulan maka hendaklah berpuasa sekelian kamu........

Wallahuaalam. 
Tulisan hamba ini hamaba ambik dari kitab Taujih al Inzar li tauhid Muslimin fis Saum wal ifthar Abu Faaid Ahmad bin Sidek al Ghamari al Muhaddtih Musnid.

Bersambung insyaallah dengan dalil Sunah mutawatirah.




Sent from my iPad