Wednesday, 4 April 2012

Bab Haid/ 01

Bab pada menyatakan haid.
Bermula erti Haid pada bahasa itu iaitu mengalir dan erti Haid pada Syara pula iaitu Darah tabiat yang keluar ia daripada ksudahan rahim perempuan pada ketika sihat badannya di dalam segala waktunya yang tertentu.

Bermula dalil pada Haid itu iaitu firman Allah taala: surah al Baqarah ayat 222

.وَيَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡمَحِيضِ‌ۖ قُلۡ هُوَ أَذً۬ى فَٱعۡتَزِلُواْ ٱلنِّسَآءَ فِى ٱلۡمَحِيضِ‌ۖ وَلَا تَقۡرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطۡهُرۡنَ‌ۖ فَإِذَا تَطَهَّرۡنَ فَأۡتُوهُنَّ مِنۡ حَيۡثُ أَمَرَكُمُ ٱللَّهُ‌ۚ

Dan selagi akan bertanya mereka itu akan dikau Ya Muhammad daripada Haid : katakan oleh Mu iaitu darah yang kotor maka tinggalkan oleh sekelian kamu akan jimak dengan segala perempuan pada ketika haid dan jangan kamu hampiri mereka itu dengan jimak sehingga suci mereka itu daripadanya maka apa bila suci mereka itu daripadanya maka datangi oleh mu akan mereka itu kerana jimak pada tempat yang disuruhkan oleh Allah menjauhikan dia pada ketika haid iaitu faraj dan jangan kamu lalui akan dia kepada yang lainnya.

dan Sabda nabi saw : Inilah suatu yang telah disuratkan Allah taala akan dia atas segala anak Adam yang perempuan yakni Haid.. riwayat sahih Bukhari dan muslim.

Bermula Sekurang2 tahun Haid itu iaitu sempurna Sembilan tahun Qamariyah dengan taqrib ( berhampiran mumkin sebelum sikit sembilan tahun atau lebihnya ) tiada dengan tahdid ( tepat sembilan tahun qamqriyah ).

maka jikalau melihat perempuan akan darah dahulu drpd sempurna sembilan tahun akan qadar yang tiada meluaskan ia akan haid dan suci iaitu lima belas hari atau kurang maka darah yang dilihatnya itu haid jua bersalahan jika ada kurangnya daripada sembilan tahun qadar yang meluaskan haid dan suci iaitu enam belas hari atau lebih maka darahnya yang dilihatnya itu darah rosak( isthihadah) bukan darah haid.

dan sekurang2 masa haid itu..... bersambung

Monday, 18 July 2011

Syarat Sah Puasa

Syarat wajib puasa.

Segala syarat wajib puasa itu 4 perkara.

Pertamanya.... Islam.
Keduanya ........ Baligh yakni cukup Umur mengikut ukuran bulan.
Ketiganya......... Berakal.
Keempatnya.... Kuasa atas berpuasa.

Syarat sah puasa itu empat perkara....

Pertamanya... Islam.
Keduanya........ Berakal.
Ketiganya....... Suci dan Haid dan Nifas.
Keempatnya.. Waktu yang menerima bagi puasa.

Rukun Puasa itu tiga perkara...

Pertamanya.. Niat dengan hati...
Keduanya ..... Orang yang berpuasa.
Ketiganya .... Imsak yakni menahan diri daripada barang yang membathalkan puasa.

Dan disyaratkan taayin pada niat puasa fardhu iaitu bahawa berniat ia pada tiap tiap malam bahawa ia puasa esok hari daripada bulan Ramadhan atau daripada nazar atau daripada kaffarah.

Sent from my iPad

Sebab wajib Puasa

Sebab wajib Puasa.

Ketahui oleh mu bahawa wajib puasa itu dengan sembilan sebab....
Pertama..... Dengan Sebab melihat sehari bulan Ramadhan.
Keduanya... Dengan sebab sempurna bulan syaaban tiga puluh hari pada waktu tebal awan.
Ketiganya... Dengan khabar mutawatir dengan melihat akan dia dan jikalau daripada kafie sekalipun.
Keempatnya...dengan sebab menerima oleh Kadi akan perkhobaran orang yang adil dengan melihat akan dia.
Kelimanya... Dengan menghukum oleh Kadi yang mujtahid dengan thabit Ramadhan jika menyata ia akan dalil tempat berpegangnya.
Keenamnya... Dengan sebab membenar ia akan khobaran orang yang melihat akan anak bulan dan jikalau ada ia kanak kanak dan orang yang fasik.
Ketujuhnya.... Dengan zhan timbul bulan Ramadhan dengan ijtihad iaitu bagi orang yang kena tawan dan umpamanya .
Kedelapanya... Dengan sebab percaya ia akan orang yang berpegang ia dengan hisab dan orang yang ahli bintang dengan timbul bulan Ramadhan maka wajib atas keduanya dan atas orang yang membenarkan keduanya, oleh puasa.... Telah berkata akan ini hukum oleh Syeikh Ramli.
Kesembilannya....dengan sebab melihat kepada beberapa tanda timbul bulan Ramadhan....
Rujukan kitab hidayatus Sibyan ms 32 k 33.

Sent from my iPad

Monday, 16 May 2011

Kitab kitab Fekah yang di pelajari di pondok dan di Makka al Mukarramah.

Kitab kitab Fekah yang di pelajari di pondok dan di Makka al Mukarramah.

Edisi Jawi:
1 kitab Munyatul Musalli.
2 Hidayatus Sibyan.
3 Matlail Badrain.
4 Jauharus Saniah.
5 Sabilal Muhtaddin.
6 Bughyatut Thullab.
7 Kasful Lissam.
8 Furu Masail.
9 al Wisahg.
Dan lain lain lagi.

Edisi Arab:
Ghayatut Taqrib.
Fathul Qarib.
Fathul Muin.
Iaanah at Tolibin.
Syarqawi Tahrir.
Fathul Wahhab.
Iqnaa
Majmuk an Nawawi.
Dan lain Lagi.

rujukan
Tahzibut Tahzib.
Al Hawi Kabir.
Sarah Wasit.
Al Bahru.
Fikhul Islami wa adillatuhu.
Al qulyubi wal Umairah.
Dan lain lain lagi.

Sent from my iPad