Monday, 11 June 2012

Hukum Jual Beli Dalam Masjid

Hukum Jual Beli Dalam Masjid

 أحكام المساجد ومواضع الصلاة

روى الترمذي عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا رأيتم من يبيع أو يبتاع في المسجد، فقولوا: لا أربح الله تجارتك"...... 
Telah meriwayat oleh Imam Tarmizi drpd Abi Hurairah ra. Bersabda Rasulullah saw : apabila melihat oleh sesaorang kamu akan mereka yang menjual atau membeli di dalam Masjid maka kata oleh sekelian kamu : tidak menguntungkan perniagaan kamu oleh Allah........

وعن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده قال: نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الشراء والبيع في المسجد، وأن تنشد فيه الأشعار..... رواه الترمذي وأبو داود وغيرهما.
Dan drpd Amrin bin Syuaib drpd Bapanya drpd Datuknya, berkata telah menegah oleh Rasulullah saw drpd berbeli dan berjual di dalam Masjid dan bahawa bernasyid dalamnya akan ash'aar.....
Meriwayat akan ini hadis oleh Tarmizi, Abu Daud dan selain keduannya.

ولهذا ذهب جماهير أهل العلم إلى كراهة البيع والشراء في المسجد، سواء كانت السلعة حاضرة أو غائبة موصوفة، . 
Dan kerana ini Hasis telah menjalani jamahir Ahli ilmi kepada Makruh nerjual dan berbeli di dalam Masjid sama ada adalah benda yang dijual itu ada ( disisi penjual dan melihat akan dia oleh yang akan membeli) atau  tiada ( disisi penjual ) yang disifatkan.

وذهب بعض أهل العلم إلى تحريم البيع والشراء في المسجد، مع اتفاق الجميع على أن ما عقد من البيع في المسجد لا يجوز نقضه
Dan telah menjalani oleh sebahagian Ahli Ilmi kepada Haram jual dan beli di dalam Masjid serta muawafakat sekeliannya atas bahawa suatu yang telah di aqadkan drpd jualan di dalam masjid itu tidak harus oleh membathalkan dia.

قال الشوكاني رحمه الله في نيل الأوطار: (أما البيع والشراء "أي في المسجد" فذهب جمهور العلماء إلى أن النهي محمول على الكراهة،
Berkata Imam As Saukani rahimahullah dalam Nailil Autar : adapun berjual dan berbeli di dalam Masjid maka menjalani oleh Jamhur Ulama kepada bahawa tegahan di Tanggung atas Makruh.

قال العراقي: وقد أجمع العلماء على أن ما عقد من البيع في المسجد لا يجوز نقضه. وهكذا قال المارودي.
Berkata Imam Al Mawardi: dan sesungguhnya telah ijmak Ulama atas bahawa suatu yang di aqadkan drpd jualan dalam Masjid tidak harus oleh rungkainya, dan sedemikianlah telah berkata imam Al Mawardi.

 وأنت خبير بأن حمل النهي على الكراهة يحتاج إلى قرينة صارفة عن المعنى الحقيقي الذي هو التحريم عند القائلين بأن النهي حقيقة في التحريم، وهو الحق، وإجماعهم على عدم جواز النقض وصحة العقد لا منافاة بينه وبين التحريم فلا يصح جعله قرينة لحمل النهي على الكراهة.) 
Dan kamu terlebih mengetahui dengan bahawa : bermula ditanggungkan tanggungkan tegahan atas makruh itu berhajat kepada qarinah yang memalingkan drpd makna yang hakikat yang ialah Tahrim disisi orang yang berkata dengan bahawa tegahan ialah hakikat pada tahrim dan iaitulah yang sebenar dan ijmak mereka itu Ulama atas ketiadaan harus merungkaikan dan sah oleh aqad yang tidak menafikan antaranya dan antara haram maka tidak sah oleh menjadikannya qarinah bagi menanggungkan tegahan atas makruh.
 
وذهب بعض أصحاب الشافعي إلى أنه لا يكره البيع والشراء في المسجد، والأحاديث ترد عليه. 
وفرق أصحاب أبي حنيفة بين أن يغلب ذلك ويكثر فيكره، أو يقل فلا كراهة، وهو فرق لا دليل عليه). انتهى
Dan mejalani oleh setengah Ashab As Shafei kepada bahawa sa tidak makruh berjual dan berbeli dalam masjid wal hal beberapa Hadis menolak atas perkataan mereka itu. 
Dan membuat beza oleh ashab Abi Hanifah antara behawa yang ghalibnya demikian dan banyak maka makruh ia, atau sedikit maka tiada di makruhkan dan iaitu perbezaan yang tiada dalil atasnya... Intaha..
 
وقال المرداوي في الانصاف: (لا يجوز البيع والشراء للمعتكف في المسجد وغيره على الصحيح من المذهب، نص عليه في رواية حنبل،
Dan berkata Imam Mawardi dalam insaf: tidak harus berjual dan berbeli bagi orang yang sedang berikyikaf di dalam Masjid dan selainnya atas kata sahih drpd mazhab dan telah mengeluar nas ia atasnya pada riwayat Hambal.

وجزم به القاضي وابنه أبو الحسين وغيره وصاحب الوسيلة والإيضاح والشرح هنا وابن تميم، وقدمه في الفروع والرعاية الكبرى وغيرهما). 
Dan telah mengukumkan jazam dengan dia Oleh Qadhi Dan Anaknya Abul Husin dan lainnya dan tuan kitab wasilah dan Iydhah dan syarah di sana dan ibnu Tamim.
وعلى كل حال.. فالأولى بالمسلم الابتعاد عن البيع والشراء في المسجد، لأن هذا المكان بني لعبادة الله تعالى، فلو جاء الناس بسلعهم إليه لبيعها فيه صار سوقاً،
Dan atas tiap2 hal maka terbaiknya bagi sesaorang Muslim itu, menjauhkan dirinya drpd berjual dan berbeli di dalam Masjid kerana memuliakan tempat yang dibina bagi beribadah akan Allah taala maka jikalau datang oleh Manusia dengan barang perniagaannya kepadanya supaya boleh berjual ia di dalamnya nescaya jadi mashid itu kedai..

 وفي موطأ مالك أن عطاء بن يسار: كان إذا مر عليه بعض من يبيع في المسجد دعاه فسأله ما معك وما تريد؟ فإن أخبره أنه يريد أن يبيعه قال: عليك بسوق الدنيا وإنما هذا سوق الآخرة. 
Di sebut dalam Muwattha Imam Malik bahawa Athao bin Yasar adalah ia apabila lalu atasnya oleh setengah mereka yang berjual di dalam Masjid, menyeru ia( memanggil ia akan penjual itu ) maka bertanya ia akan dia: apa suatu yang bersama engkau dan apa yang engkau kehendak, maka jika menjawab dengan bahawa hendak menjual ia akan dia nescaya berkata Athao bin Yassar; atas engkau pergi ke kedai dunia dan sesungguhnya ini kedai Akhirat.

وفيه أن عمر بن الخطاب بنى رحبة من ناحية المسجد تسمى البطحاء وقال: من كان يريد أن يلغط أو ينشد شعراً أو يرفع صوتاً فليخرج إلى هذه الرحبة. انتهى 
Dan pada kitab Muwattha juga bahawa Umar bin Al Khatab membina ia satu wakaf drpd penjuru kawasan Masjid ( bukan dalam Masjid ) yang dinamakan dengan Bat'ha dan berkata ia: barang siapa berkehendak ia bercakap banyak atau Nasyid atau mengangkatkan suara maka hendaklah keluar ia kepada ini Ruhbah... 

Pengisian saya ambil disini.. Kebanyakannya kalam mazhab As Shafei/:

والله أعلم. 


Sent from my iPad