Monday, 30 July 2012

Iktikaf

Iktikaf

بسم الله الرحمن الرحيم

Sunat Iktikaf pada tiap2 masa ertinya berhenti di dalam Masjid dengan niat drpd orang yang islam yang beraqal yang suci daripada Hadas besar.

Dan iktikaf pada sepuluh malam yang akhir drpd bulan Ramadhan lebih afdhal drpd iktikaf pada yang lainnya kerana hadis riwayat imam Bukhari dan Muslim 
انه صلى الله عليه وسلم اعتكف العشر الاوسط من رمضان ثم اعتكف العشر الاواخر ولازمه حتى توفاه الله تعالى ثم اعتكف ازواجه من بعده
Ertinya bahawa Rasulullah saw iktikaf ia pada sepuluh malam yang tengah drpd bulan Ramadhan, kemudian ia iktikaf pada sepuluh malam yang akhirnya  dan melazimkan ia akan dia hingga mewafatkan akan dia oleh Allah taala, kemudian iktikaf isteri2nya kemudian drpd wafatnya.
 Hanya sanya adalah iktikaf pada sepuluh malam yang akhir itu lebih afdhal kerana menuntut akan lailatul qadar, maka berjaga ia padanya dengan sembahyang dan membaca alquran dan membanyakan doa kerana adalah ia lebih afdhal drpd segala malam yang lainnya, kerana firman Allah taala:
ليلة القدر مير من الف شهر
Ertinya malam lailatil qadr itu lebih baik drpd seribu bulan yang tiada ada padanya lailatul qadr, maka pekerjaan kebajikan pada malam lailatul qadr itu lebih baik drpd pekerjaan kebajikan pada seribu bulan yang tiada ada padanya malam lailatul qadr.
Dan telah menceritakan oleh imam Bukhari dan Imam Muslim akan sabda Nabi saw:
من قام ليلة القدر ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من من ذنبه
Ertinya barang siapa berjaga ia pada malamnya dengan mengerjakan taat pada malam lailatul qadr kerana membenarkan dengan janji Allah dengan memberi pahala atasnya dan dengan ikhlas nescaya di ampuni baginya akan barang yang terdahulu drpd dosanya( yang kecil ).

Segala rukun iktikaf itu ada empat:
Pertama niat seperti yang lainnya drpd segala ibadah dan,
Keduannya Masjid kerana perbuatan Nabi saw, menceritakan dia oleh Imam Bukhari dan Muslim dan kerana Ijmak dan kerana Firman Allah taala
لا تباشروهن وانتم عاكفون في المساجد
Ertinya dan janganlah engkau setubuhi akan isteri2 kamu pada ketika kamu iktikaf di dalam segala masjid dan masjid tempat sembahyang jumaat lebih utama, kerana keluar drpd khilaf mereka yang mewajibkan ia akan dia. Dan jika menentukan oleh yang bernazar akan Masjid Makka atau Masjid Nabawi  atau Masjid Baitil Maqdis nescaya tertentu ia kerana sabda Nabi saw :
لا تشد الرحال الا الى ثلاثة مساجد مسجدى هذا والمسجد الحرام والمسجد الاقصى
Ertinya tiada di ikatkan pelana unta ( kinayah drpd musafir ) melainkan kepada tiga  masjid iaitu masjid aku ini dan masjid Makka  danmasjid Baitil Maqdis. Menceritakan dia oleh imam Bukhari dan Muslim.
Dan boleh menggantikan masjid makka akan masjid Nabawi dan masjid Baitil Maqdis tiada sebaliknya fan boleh menggantikan masjid Nabawi akan masjid Baitil Maqdis tiada sebaliknya, kerana sabda Nabi saw:
صلاة في مسجدى هذا افضل من الف صلاة فيما سواه الا المسجد الحرام  وصلاة فى المسجد الحرام افضل من مائة صلاة فى مسجدى
Ertinya satu sembahyang pada masjid aku ini lebih afdhal drpd seribu sembahyang pada barang yang lainnya melainkan masjid Makka, dan satu sembahyang di masjid Makka lebih afdhal drpd seratus sembahyang di masjid aku, menceritakan dia oleh Imam Ahmad dan mensahihkan dia oleh Ibnu Majah.
Dan bahawa sanya sembahyang pada masjid Baitil Maqdis adalah ia dengan lima ratus Sembahyang seperti yang menceritakan dia oleh Ibnu Abdil Birri dan berkata al Bazzar isnadnya hasan.

Dan yang ketiganya berhenti sekurang2 nya karar yang dinamakan tetap ( iqamah ) sekalipun tiada ada dia diam dengan bahawa  lebih drpd kadar thama'ninah rukuk maka memada oleh pergi datang di dalam masjid yang tiada memada oleh lalu sahaja dengan tiada berhenti dan jika bernaar ia akan iktikaf dengan ketiadaan menentukan kadar masanya nescaya memadaikan dia oleh satu lahzah tetapi di sunatkan sehari.
Dan sunat tiap2 masuk ke dalam masjid berniat iktikaf.

Dan keempatnya orang yang iktikaf.

Dan syaratnya :
Islam dan beraqal dan suci drpd hadas besar, maka tiada sah iktikaf kafir dan yang gila kerana ketiadaan sah niat keduanya.
Dan tiada sah iktikaf orang yang berhadas besar kerana haram ia berhenti di dalam masjid.
Dan tiada di syaratkan pada iktikaf itu puasa bahkan sah iktikaf itu pada malam sahaja. Kerana hadis. Nabi saw :
ليس على المعتكف صيام الا ان يجعله على نفسه
Ertinya tiada wajib atas orang yang iktikaf itu puasa melainkan bahawa menjadikan ia akan dia wajib atas dirinya ( dengan nazar ) menceritakan dia oleh al Hakim dan berkata ia sahih atas rijal Muslim.
Wallahuaalam

Hamba ambil kalam di atas ni drpd kitab anak Kunci Syurga karangan Sheikh Abdul kadir al Mandili.... Alfatihah


Sent from my iPad

No comments:

Post a Comment