ditanyakan sheikh ra:
seorang perempuan keluar darah drpd duburnya atas sifat darah Haid maka adakah di namakan Haid atau tiada dan jikalau tersumbat lubang asalnya sekalipun apa hukumnya?
maka di jawabnya:
tiada dinamakan dia Haid sekali2.
Furu:
Jikalau adalah seorang perempuan, melihat ia akan darahnya kurang darpd sehari semalam pada setiap bulan demikian lah, dan jikalau adatnya demikian itu nescaya tiada dinamakan dia darah Haid maka tiada diberikan dia hukum haid kerana adalah sudah istiqra( kaji selidik secara menyeluruh) Oleh Imam shafei sudah tamam(sempurna) yang tiada dapat dicarekkan dia, hanya dinamakan darah tersebut dengan darah Fasid( Rosak ).
Ditanyakan sheikh RA:
Adakah haram orang Haid tatkala takut kena Najis akan Masjid dan dengan ihtimal sekalipun( tidak yakin masjid akan kena Najis cuma berasa saja) ia berhenti padanya bersalahan umpama Madrasah atau Ribath.
maka dijawabnya:
Haram ia masuk ke dalam masjid pada ketika (mari perasaan) takut akan titik darahnya bersalahan madrasah atau ribath. tiada haram melainkan diketahui dengan melumur darahnya akan dia( madrasah atau ribath) maka iaitu haram.
No comments:
Post a Comment