Wednesday 4 April 2012

Haid/ 02

Masa Haid:
Sekurang2 Masa haid iaitu sehari semalam pada hal ia berhubung iaitu 24 jam ( dalam tempoh 24 jam tuh darah keluar tanpa henti2) .
 
Berhubung;
bermula di kehendaki dengan kata berhubung itu, iaitu bahawa sa umpama kapas( ambik kapas) jikalau dimasukan dalam faraj nescaya berlumur ia dengan darah dan jika tiada keluar darah itu kepada tempat yang wajib membasuh ia tatkala istinja sekali pun ( bila perempuan tuh duduk menyangkong darah tak keluar melepasi bibir faraj) dihukumkan darah haid juga...

dan hanya sa nya di kaitkan darah yang kadarnya sehari semalaman itu dengan halnya berhubung kerana bahawa sa bermaksudbagi  menyatakan sekurang kurang haid dan tiada tasawur sekurang2 haid melainkan serta berhubung dari kerana jika tiada berhubung darah itu seharian semalaman dengan makna terputus2 keluarnya maka tiada sunyi ada kalanya sampai perhimpunan darah yang bercerai itu sehari semalaman atau tiada maka jika sampai ia nescaya lazimlah lebih masa sekurang2 haid kerana bahawa sa niqa'( hari atau masa suci dari darah haid itu) yang pada selang selang sekelian darah itu haid pula seperti darah itu ( dihukumkan dalam jumlah hari haid sekali pun darah tuh terputus maka masa putus tuh dikira haid juga)//..

No comments:

Post a Comment